Langkau ke kandungan
Ayat demi ayat

Tentang surah ini

Surah Al-Balad ialah surah ke-90 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Makkiyyah, dengan 20 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 594. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. لَآ أُقۡسِمُ بِهَٰذَا ٱلۡبَلَدِ

    Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;

  2. وَأَنتَ حِلُّۢ بِهَٰذَا ٱلۡبَلَدِ

    Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),

  3. وَوَالِدٖ وَمَا وَلَدَ

    Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;

  4. لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ فِي كَبَدٍ

    Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

  5. أَيَحۡسَبُ أَن لَّن يَقۡدِرَ عَلَيۡهِ أَحَدٞ

    Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?

  6. يَقُولُ أَهۡلَكۡتُ مَالٗا لُّبَدًا

    Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: “Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).

  7. أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ يَرَهُۥٓ أَحَدٌ

    Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?

  8. أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُۥ عَيۡنَيۡنِ

    (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -

  9. وَلِسَانٗا وَشَفَتَيۡنِ

    Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?

  10. وَهَدَيۡنَٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ

    Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

  11. فَلَا ٱقۡتَحَمَ ٱلۡعَقَبَةَ

    Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;

  12. وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

  13. فَكُّ رَقَبَةٍ

    (Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;

  14. أَوۡ إِطۡعَٰمٞ فِي يَوۡمٖ ذِي مَسۡغَبَةٖ

    Atau memberi makan pada hari kelaparan -

  15. يَتِيمٗا ذَا مَقۡرَبَةٍ

    Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

  16. أَوۡ مِسۡكِينٗا ذَا مَتۡرَبَةٖ

    Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.

  17. ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡمَرۡحَمَةِ

    Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

  18. أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ

    (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).

  19. وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِنَا هُمۡ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ

    Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -

  20. عَلَيۡهِمۡ نَارٞ مُّؤۡصَدَةُۢ

    Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

0/20
0

0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.

0

0 permata tertunda hari ini

Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.

0:00
Mishary Alafasy Al-Balad 0:00 0:00

Surah Al-Balad dalam mushaf

Golongan
Makkiyyah
Juzuk
30
Bilangan perkataan
82
Mushaf Madinah (604 halaman)
594
Mushaf IndoPak (610 halaman)
600
Mushaf Naskh (612 halaman)
601

Soalan tentang Surah Al-Balad

Berapa jumlah ayat Surah Al-Balad?

Surah Al-Balad mengandungi 20 ayat. Ini surah ke-90 daripada 114 surah dalam Al-Quran.

Surah Al-Balad berada dalam juzuk berapa?

Surah Al-Balad: juzuk 30 daripada 30 juzuk.

Surah Al-Balad tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Balad tergolong Makkiyyah.

Surah Al-Balad berada di halaman berapa?

Surah Al-Balad dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 594. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 600. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 601.

Berapa bilangan perkataan Surah Al-Balad?

Surah Al-Balad: 82 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.

Berapa bilangan huruf Arab Surah Al-Balad?

Surah Al-Balad: 338 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.

Surah Al-Balad berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?

Surah Al-Balad terbentang dari ayat ke-6,024 hingga ayat ke-6,043 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.

Adakah Surah Al-Balad mempunyai ayat sajdah?

Tidak. Surah Al-Balad tidak mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah; daripada 114 surah, 14 surah mempunyainya.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Balad?

Ya. Kesemua 20 ayat Surah Al-Balad dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.

Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Balad?

Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 20 ayat dan 82 perkataan, dijana daripada teks yang sama.

Dengar Surah Al-Balad

Qari Al-Quran

Al-Quran kata demi kata dan tabiat membaca harian dalam satu aplikasi percuma.

Muat turun pada App StoreDapatkan di Google Play