Tetapan bacaan
Penyorotan
Saiz teks
Tunjukkan
Kemajuan bacaan
Kemajuan bacaan dipadam
Tentang surah ini
Surah Al-Munafiqun ialah surah ke-63 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Madaniyyah, dengan 11 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 554. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ قَالُواْ نَشۡهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُۥ وَٱللَّهُ يَشۡهَدُ إِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ لَكَٰذِبُونَ
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
ٱتَّخَذُوٓاْ أَيۡمَٰنَهُمۡ جُنَّةٗ فَصَدُّواْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ إِنَّهُمۡ سَآءَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ ءَامَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَهُمۡ لَا يَفۡقَهُونَ
(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
۞ وَإِذَا رَأَيۡتَهُمۡ تُعۡجِبُكَ أَجۡسَامُهُمۡۖ وَإِن يَقُولُواْ تَسۡمَعۡ لِقَوۡلِهِمۡۖ كَأَنَّهُمۡ خُشُبٞ مُّسَنَّدَةٞۖ يَحۡسَبُونَ كُلَّ صَيۡحَةٍ عَلَيۡهِمۡۚ هُمُ ٱلۡعَدُوُّ فَٱحۡذَرۡهُمۡۚ قَٰتَلَهُمُ ٱللَّهُۖ أَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ
Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ يَسۡتَغۡفِرۡ لَكُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ لَوَّوۡاْ رُءُوسَهُمۡ وَرَأَيۡتَهُمۡ يَصُدُّونَ وَهُم مُّسۡتَكۡبِرُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu”, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.
سَوَآءٌ عَلَيۡهِمۡ أَسۡتَغۡفَرۡتَ لَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تَسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ لَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ
(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
هُمُ ٱلَّذِينَ يَقُولُونَ لَا تُنفِقُواْ عَلَىٰ مَنۡ عِندَ رَسُولِ ٱللَّهِ حَتَّىٰ يَنفَضُّواْۗ وَلِلَّهِ خَزَآئِنُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ لَا يَفۡقَهُونَ
Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): “Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)”. Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).
يَقُولُونَ لَئِن رَّجَعۡنَآ إِلَى ٱلۡمَدِينَةِ لَيُخۡرِجَنَّ ٱلۡأَعَزُّ مِنۡهَا ٱلۡأَذَلَّۚ وَلِلَّهِ ٱلۡعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَلَٰكِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ لَا يَعۡلَمُونَ
Mereka berkata lagi: “Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)”. Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَٰلُكُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِيٓ إِلَىٰٓ أَجَلٖ قَرِيبٖ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh”.
وَلَن يُؤَخِّرَ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَاۚ وَٱللَّهُ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
0
0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.
0
0 permata tertunda hari ini
Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.
Surah Al-Munafiqun dalam mushaf
- Golongan
- Madaniyyah
- Juzuk
- 28
- Bilangan perkataan
- 180
- Mushaf Madinah (604 halaman)
- 554-555
- Mushaf IndoPak (610 halaman)
- 554-555
- Mushaf Naskh (612 halaman)
- 555-556
Soalan tentang Surah Al-Munafiqun
Berapa jumlah ayat Surah Al-Munafiqun?
Surah Al-Munafiqun mengandungi 11 ayat. Ini surah ke-63 daripada 114 surah dalam Al-Quran.
Surah Al-Munafiqun berada dalam juzuk berapa?
Surah Al-Munafiqun: juzuk 28 daripada 30 juzuk.
Surah Al-Munafiqun tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Munafiqun tergolong Madaniyyah.
Surah Al-Munafiqun berada di halaman berapa?
Surah Al-Munafiqun dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 554-555. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 554-555. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 555-556.
Berapa bilangan perkataan Surah Al-Munafiqun?
Surah Al-Munafiqun: 180 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.
Berapa bilangan huruf Arab Surah Al-Munafiqun?
Surah Al-Munafiqun: 787 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.
Surah Al-Munafiqun berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?
Surah Al-Munafiqun terbentang dari ayat ke-5,189 hingga ayat ke-5,199 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.
Adakah Surah Al-Munafiqun mempunyai ayat sajdah?
Tidak. Surah Al-Munafiqun tidak mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah; daripada 114 surah, 14 surah mempunyainya.
Bolehkah saya mendengar Surah Al-Munafiqun?
Ya. Kesemua 11 ayat Surah Al-Munafiqun dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.
Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Munafiqun?
Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 11 ayat dan 180 perkataan, dijana daripada teks yang sama.
Dengar Surah Al-Munafiqun
- Mishary Alafasy مشاري العفاسي Hafs daripada AsimMurattal
- AbdulBaset (Murattal) عبدالباسط عبدالصمد Hafs daripada AsimMurattal
- AbdulBaset AbdulSamad عبدالباسط عبدالصمد Hafs daripada AsimMujawwad
- Minshawi (Murattal) محمد صديق المنشاوي Hafs daripada AsimMurattal
- As-Sudais عبدالرحمن السديس Hafs daripada AsimMurattal
- Abu Bakr ash-Shatri أبو بكر الشاطري Hafs daripada AsimMurattal