Langkau ke kandungan
Ayat demi ayat

Tentang surah ini

Surah Al-Lail ialah surah ke-92 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Makkiyyah, dengan 21 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 595. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَىٰ

    Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),

  2. وَٱلنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ

    Dan siang apabila ia lahir terang-benderang;

  3. وَمَا خَلَقَ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ

    Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); -

  4. إِنَّ سَعۡيَكُمۡ لَشَتَّىٰ

    Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

  5. فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ

    Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), -

  6. وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ

    Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,

  7. فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلۡيُسۡرَىٰ

    Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).

  8. وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ

    Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, -

  9. وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ

    Serta ia mendustakan perkara yang baik,

  10. فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلۡعُسۡرَىٰ

    Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;

  11. وَمَا يُغۡنِي عَنۡهُ مَالُهُۥٓ إِذَا تَرَدَّىٰٓ

    Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabiha ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?

  12. إِنَّ عَلَيۡنَا لَلۡهُدَىٰ

    Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).

  13. وَإِنَّ لَنَا لَلۡأٓخِرَةَ وَٱلۡأُولَىٰ

    Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.

  14. فَأَنذَرۡتُكُمۡ نَارٗا تَلَظَّىٰ

    Maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang,

  15. لَا يَصۡلَىٰهَآ إِلَّا ٱلۡأَشۡقَى

    Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, -

  16. ٱلَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ

    Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.

  17. وَسَيُجَنَّبُهَا ٱلۡأَتۡقَى

    Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -

  18. ٱلَّذِي يُؤۡتِي مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ

    Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,

  19. وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُۥ مِن نِّعۡمَةٖ تُجۡزَىٰٓ

    Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,

  20. إِلَّا ٱبۡتِغَآءَ وَجۡهِ رَبِّهِ ٱلۡأَعۡلَىٰ

    Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;

  21. وَلَسَوۡفَ يَرۡضَىٰ

    Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).

0/21
0

0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.

0

0 permata tertunda hari ini

Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.

0:00
Mishary Alafasy Al-Lail 0:00 0:00

Surah Al-Lail dalam mushaf

Golongan
Makkiyyah
Juzuk
30
Bilangan perkataan
71
Mushaf Madinah (604 halaman)
595-596
Mushaf IndoPak (610 halaman)
601-602
Mushaf Naskh (612 halaman)
602-603

Soalan tentang Surah Al-Lail

Berapa jumlah ayat Surah Al-Lail?

Surah Al-Lail mengandungi 21 ayat. Ini surah ke-92 daripada 114 surah dalam Al-Quran.

Surah Al-Lail berada dalam juzuk berapa?

Surah Al-Lail: juzuk 30 daripada 30 juzuk.

Surah Al-Lail tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Lail tergolong Makkiyyah.

Surah Al-Lail berada di halaman berapa?

Surah Al-Lail dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 595-596. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 601-602. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 602-603.

Berapa bilangan perkataan Surah Al-Lail?

Surah Al-Lail: 71 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.

Berapa bilangan huruf Arab Surah Al-Lail?

Surah Al-Lail: 313 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.

Surah Al-Lail berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?

Surah Al-Lail terbentang dari ayat ke-6,059 hingga ayat ke-6,079 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.

Adakah Surah Al-Lail mempunyai ayat sajdah?

Tidak. Surah Al-Lail tidak mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah; daripada 114 surah, 14 surah mempunyainya.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Lail?

Ya. Kesemua 21 ayat Surah Al-Lail dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.

Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Lail?

Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 21 ayat dan 71 perkataan, dijana daripada teks yang sama.

Dengar Surah Al-Lail

Qari Al-Quran

Al-Quran kata demi kata dan tabiat membaca harian dalam satu aplikasi percuma.

Muat turun pada App StoreDapatkan di Google Play