Langkau ke kandungan
Ayat demi ayat

Tentang surah ini

Surah Al-Muddassir ialah surah ke-74 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Makkiyyah, dengan 56 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 575. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ

    Wahai orang yang berselimut!

  2. قُمۡ فَأَنذِرۡ

    Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

  3. وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ

    Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

  4. وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ

    Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

  5. وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ

    Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

  6. وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ

    Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

  7. وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ

    Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

  8. فَإِذَا نُقِرَ فِي ٱلنَّاقُورِ

    Kerana apabila telah ditiup sangkakala,

  9. فَذَٰلِكَ يَوۡمَئِذٖ يَوۡمٌ عَسِيرٌ

    Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -

  10. عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ غَيۡرُ يَسِيرٖ

    Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).

  11. ذَرۡنِي وَمَنۡ خَلَقۡتُ وَحِيدٗا

    (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),

  12. وَجَعَلۡتُ لَهُۥ مَالٗا مَّمۡدُودٗا

    Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,

  13. وَبَنِينَ شُهُودٗا

    Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.

  14. وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمۡهِيدٗا

    Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.

  15. ثُمَّ يَطۡمَعُ أَنۡ أَزِيدَ

    Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;

  16. كـَلَّآۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِأٓيَٰتِنَا عَنِيدٗا

    Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).

  17. سَأُرۡهِقُهُۥ صَعُودًا

    Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.

  18. إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ

    Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -

  19. فَقُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ

    Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?

  20. ثُمَّ قُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ

    Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?

  21. ثُمَّ نَظَرَ

    Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);

  22. ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ

    Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;

  23. ثُمَّ أَدۡبَرَ وَٱسۡتَكۡبَرَ

    Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,

  24. فَقَالَ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا سِحۡرٞ يُؤۡثَرُ

    Serta ia berkata: “(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);

  25. إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا قَوۡلُ ٱلۡبَشَرِ

    “Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!”

  26. سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ

    (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.

  27. وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا سَقَرُ

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?

  28. لَا تُبۡقِي وَلَا تَذَرُ

    Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)

  29. لَوَّاحَةٞ لِّلۡبَشَرِ

    Ia terus-menerus membakar kulit manusia!

  30. عَلَيۡهَا تِسۡعَةَ عَشَرَ

    Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).

  31. وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَٰٓئِكَةٗۖ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَهُمۡ إِلَّا فِتۡنَةٗ لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِيمَٰنٗا وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ وَٱلۡكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلٗاۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ

    Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: “Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?” Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

  32. كـَلَّا وَٱلۡقَمَرِ

    Sebenarnya! Demi bulan,

  33. وَٱلَّيۡلِ إِذۡ أَدۡبَرَ

    Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,

  34. وَٱلصُّبۡحِ إِذَآ أَسۡفَرَ

    Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,

  35. إِنَّهَا لَإِحۡدَى ٱلۡكُبَرِ

    Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,

  36. نَذِيرٗا لِّلۡبَشَرِ

    Yang menjadi amaran bagi umat manusia,

  37. لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ

    (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).

  38. كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ رَهِينَةٌ

    Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,

  39. إِلَّآ أَصۡحَٰبَ ٱلۡيَمِينِ

    Kecuali puak Kanan,

  40. فِي جَنَّٰتٖ يَتَسَآءَلُونَ

    (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,

  41. عَنِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ

    Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,

  42. مَا سَلَكَكُمۡ فِي سَقَرَ

    (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?”

  43. قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ

    Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;

  44. وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ ٱلۡمِسۡكِينَ

    “Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;

  45. وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلۡخَآئِضِينَ

    “Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;

  46. وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ

    “Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,

  47. حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلۡيَقِينُ

    “Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini”.

  48. فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَٰعَةُ ٱلشَّٰفِعِينَ

    Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.

  49. فَمَا لَهُمۡ عَنِ ٱلتَّذۡكِرَةِ مُعۡرِضِينَ

    (Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran)?

  50. كَأَنَّهُمۡ حُمُرٞ مُّسۡتَنفِرَةٞ

    Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,

  51. فَرَّتۡ مِن قَسۡوَرَةِۭ

    Melarikan diri (ketakutan) dari singa!

  52. بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُمۡ أَن يُؤۡتَىٰ صُحُفٗا مُّنَشَّرَةٗ

    (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).

  53. كـَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلۡأٓخِرَةَ

    Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.

  54. كـَلَّآ إِنَّهُۥ تَذۡكِرَةٞ

    Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);

  55. فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ

    Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

  56. وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ هُوَ أَهۡلُ ٱلتَّقۡوَىٰ وَأَهۡلُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ

    Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).

0/56
0

0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.

0

0 permata tertunda hari ini

Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.

0:00
Mishary Alafasy Al-Muddassir 0:00 0:00

Surah Al-Muddassir dalam mushaf

Golongan
Makkiyyah
Juzuk
29
Bilangan perkataan
255
Mushaf Madinah (604 halaman)
575-577
Mushaf IndoPak (610 halaman)
578-580
Mushaf Naskh (612 halaman)
579-581

Soalan tentang Surah Al-Muddassir

Berapa jumlah ayat Surah Al-Muddassir?

Surah Al-Muddassir mengandungi 56 ayat. Ini surah ke-74 daripada 114 surah dalam Al-Quran.

Surah Al-Muddassir berada dalam juzuk berapa?

Surah Al-Muddassir: juzuk 29 daripada 30 juzuk.

Surah Al-Muddassir tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Muddassir tergolong Makkiyyah.

Surah Al-Muddassir berada di halaman berapa?

Surah Al-Muddassir dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 575-577. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 578-580. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 579-581.

Berapa bilangan perkataan Surah Al-Muddassir?

Surah Al-Muddassir: 255 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.

Berapa bilangan huruf Arab Surah Al-Muddassir?

Surah Al-Muddassir: 1,026 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.

Surah Al-Muddassir berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?

Surah Al-Muddassir terbentang dari ayat ke-5,496 hingga ayat ke-5,551 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.

Adakah Surah Al-Muddassir mempunyai ayat sajdah?

Tidak. Surah Al-Muddassir tidak mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah; daripada 114 surah, 14 surah mempunyainya.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Muddassir?

Ya. Kesemua 56 ayat Surah Al-Muddassir dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.

Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Muddassir?

Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 56 ayat dan 255 perkataan, dijana daripada teks yang sama.

Dengar Surah Al-Muddassir

Qari Al-Quran

Al-Quran kata demi kata dan tabiat membaca harian dalam satu aplikasi percuma.

Muat turun pada App StoreDapatkan di Google Play