Surah Al-Kahfi ayat 1-10 أول عشر آيات من سورة الكهف
Surah Al-Kahfi ayat 1-10: Surah Al-Kahfi, 18:1-10. Juzuk 15 · Mushaf Madinah (604 halaman): 293-294 · Bilangan perkataan: 105.
Tetapan bacaan
Saiz teks
Tunjukkan
Kemajuan bacaan
Kemajuan bacaan dipadam
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
قَيِّمٗا لِّيُنذِرَ بَأۡسٗا شَدِيدٗا مِّن لَّدُنۡهُ وَيُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنٗا
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
مَّٰكِثِينَ فِيهِ أَبَدٗا
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدٗا
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: “Allah mempunyai anak”.
مَّا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٖ وَلَا لِأٓبَآئِهِمۡۚ كَبُرَتۡ كَلِمَةٗ تَخۡرُجُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبٗا
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
فَلَعَلَّكَ بَٰخِعٞ نَّفۡسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ إِن لَّمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَسَفًا
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
إِنَّا جَعَلۡنَا مَا عَلَى ٱلۡأَرۡضِ زِينَةٗ لَّهَا لِنَبۡلُوَهُمۡ أَيُّهُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗا
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
وَإِنَّا لَجَٰعِلُونَ مَا عَلَيۡهَا صَعِيدٗا جُرُزًا
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
أَمۡ حَسِبۡتَ أَنَّ أَصۡحَٰبَ ٱلۡكَهۡفِ وَٱلرَّقِيمِ كَانُواْ مِنۡ ءَايَٰتِنَا عَجَبًا
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡيَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةٗ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدٗا
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.
Ayat 18:1-10 dalam surah apa?
Surah Al-Kahfi (الكهف). Surah ke-18 daripada 114 · 110 ayat.
Ayat 18:1-10 dalam juzuk berapa?
Juzuk: 15.
Ayat 18:1-10 di halaman berapa?
Mushaf Madinah (604 halaman): 293-294 · Mushaf IndoPak (610 halaman): 293 · Mushaf Naskh (612 halaman): 294.
Berapa perkataan dalam ayat 18:1-10?
Bilangan perkataan: 105.
Berapa bilangan huruf Arab dalam ayat 18:1-10?
Ayat 18:1-10: 422 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini, tanpa tanda baris.
Ayat 18:1-10 berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?
Ayat 18:1-10 terbentang dari ayat ke-2,141 hingga ayat ke-2,150 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.
Berapa jumlah ayat Surah Al-Kahfi?
Surah Al-Kahfi mengandungi 110 ayat. Ini surah ke-18 daripada 114 surah dalam Al-Quran.
Surah Al-Kahfi tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Kahfi tergolong Makkiyyah.
Berapa bilangan perkataan Surah Al-Kahfi?
Surah Al-Kahfi: 1,579 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.
Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Kahfi?
Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 110 ayat dan 1,579 perkataan, dijana daripada teks yang sama.