Langkau ke kandungan
Ayat demi ayat

Tentang surah ini

Surah Abasa ialah surah ke-80 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Makkiyyah, dengan 42 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 585. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ

    Ia memasamkan muka dan berpaling,

  2. أَن جَآءَهُ ٱلۡأَعۡمَىٰ

    Kerana ia didatangi orang buta.

  3. وَمَا يُدۡرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -

  4. أَوۡ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكۡرَىٰٓ

    Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

  5. أَمَّا مَنِ ٱسۡتَغۡنَىٰ

    Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),

  6. فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ

    Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.

  7. وَمَا عَلَيۡكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ

    Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).

  8. وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسۡعَىٰ

    Adapun orang yang segera datang kepadamu,

  9. وَهُوَ يَخۡشَىٰ

    Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -

  10. فَأَنتَ عَنۡهُ تَلَهَّىٰ

    Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.

  11. كـَلَّآ إِنَّهَا تَذۡكِرَةٞ

    Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).

  12. فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ

    Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

  13. فِي صُحُفٖ مُّكَرَّمَةٖ

    (Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan, -

  14. مَّرۡفُوعَةٖ مُّطَهَّرَةِۭ

    Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan), -

  15. بِأَيۡدِي سَفَرَةٖ

    (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz;

  16. كِرَامِۭ بَرَرَةٖ

    (Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti.

  17. قُتِلَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَآ أَكۡفَرَهُۥ

    Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?

  18. مِنۡ أَيِّ شَيۡءٍ خَلَقَهُۥ

    (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? -

  19. مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ

    Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab;

  20. ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ

    Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih);

  21. ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُۥ

    Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan;

  22. ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُۥ

    Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula).

  23. كـَلَّا لَمَّا يَقۡضِ مَآ أَمَرَهُۥ

    Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya.

  24. فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ

    (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):

  25. أَنَّا صَبَبۡنَا ٱلۡمَآءَ صَبّٗا

    Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

  26. ثُمَّ شَقَقۡنَا ٱلۡأَرۡضَ شَقّٗا

    Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, -

  27. فَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا حَبّٗا

    Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,

  28. وَعِنَبٗا وَقَضۡبٗا

    Dan buah anggur serta sayur-sayuran,

  29. وَزَيۡتُونٗا وَنَخۡلٗا

    Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,

  30. وَحَدَآئِقَ غُلۡبٗا

    Dan taman-taman yang menghijau subur,

  31. وَفَٰكِهَةٗ وَأَبّٗا

    Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -

  32. مَّتَٰعٗا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَٰمِكُمۡ

    Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

  33. فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ

    Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -

  34. يَوۡمَ يَفِرُّ ٱلۡمَرۡءُ مِنۡ أَخِيهِ

    Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

  35. وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ

    Dan ibunya serta bapanya,

  36. وَصَٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ

    Dan isterinya serta anak-anaknya; -

  37. لِكُلِّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُمۡ يَوۡمَئِذٖ شَأۡنٞ يُغۡنِيهِ

    Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

  38. وُجُوهٞ يَوۡمَئِذٖ مُّسۡفِرَةٞ

    Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

  39. ضَاحِكَةٞ مُّسۡتَبۡشِرَةٞ

    Tertawa, lagi bersuka ria;

  40. وَوُجُوهٞ يَوۡمَئِذٍ عَلَيۡهَا غَبَرَةٞ

    Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,

  41. تَرۡهَقُهَا قَتَرَةٌ

    Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. -

  42. أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَفَرَةُ ٱلۡفَجَرَةُ

    Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

0/42
0

0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.

0

0 permata tertunda hari ini

Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.

0:00
Mishary Alafasy Abasa 0:00 0:00

Surah Abasa dalam mushaf

Golongan
Makkiyyah
Juzuk
30
Bilangan perkataan
133
Mushaf Madinah (604 halaman)
585
Mushaf IndoPak (610 halaman)
589-590
Mushaf Naskh (612 halaman)
590-591

Soalan tentang Surah Abasa

Berapa jumlah ayat Surah Abasa?

Surah Abasa mengandungi 42 ayat. Ini surah ke-80 daripada 114 surah dalam Al-Quran.

Surah Abasa berada dalam juzuk berapa?

Surah Abasa: juzuk 30 daripada 30 juzuk.

Surah Abasa tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Abasa tergolong Makkiyyah.

Surah Abasa berada di halaman berapa?

Surah Abasa dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 585. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 589-590. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 590-591.

Berapa bilangan perkataan Surah Abasa?

Surah Abasa: 133 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.

Berapa bilangan huruf Arab Surah Abasa?

Surah Abasa: 548 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.

Surah Abasa berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?

Surah Abasa terbentang dari ayat ke-5,759 hingga ayat ke-5,800 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.

Adakah Surah Abasa mempunyai ayat sajdah?

Tidak. Surah Abasa tidak mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah; daripada 114 surah, 14 surah mempunyainya.

Bolehkah saya mendengar Surah Abasa?

Ya. Kesemua 42 ayat Surah Abasa dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.

Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Abasa?

Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 42 ayat dan 133 perkataan, dijana daripada teks yang sama.

Dengar Surah Abasa

Qari Al-Quran

Al-Quran kata demi kata dan tabiat membaca harian dalam satu aplikasi percuma.

Muat turun pada App StoreDapatkan di Google Play