Langkau ke kandungan
Ayat demi ayat

Tentang surah ini

Surah An-Nazi'at ialah surah ke-79 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Makkiyyah, dengan 46 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 583. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلنَّٰزِعَٰتِ غَرۡقٗا

    Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;

  2. وَٱلنَّٰشِطَٰتِ نَشۡطٗا

    Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;

  3. وَٱلسَّٰبِحَٰتِ سَبۡحٗا

    Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;

  4. فَٱلسَّٰبِقَٰتِ سَبۡقٗا

    Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;

  5. فَٱلۡمُدَبِّرَٰتِ أَمۡرٗا

    Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -

  6. يَوۡمَ تَرۡجُفُ ٱلرَّاجِفَةُ

    Pada masa berlakunya “tiupan sangkakala yang pertama” yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),

  7. تَتۡبَعُهَا ٱلرَّادِفَةُ

    Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);

  8. قُلُوبٞ يَوۡمَئِذٖ وَاجِفَةٌ

    Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,

  9. أَبۡصَٰرُهَا خَٰشِعَةٞ

    Pemandangannya tunduk gerun.

  10. يَقُولُونَ أَءِنَّا لَمَرۡدُودُونَ فِي ٱلۡحَافِرَةِ

    Mereka (yang ingkar) berkata: “Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?

  11. أَءِذَا كُنَّا عِظَٰمٗا نَّخِرَةٗ

    “Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?”

  12. قَالُواْ تِلۡكَ إِذٗا كَرَّةٌ خَاسِرَةٞ

    Mereka berkata lagi (secara mengejek: “Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!”

  13. فَإِنَّمَا هِيَ زَجۡرَةٞ وَٰحِدَةٞ

    (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -

  14. فَإِذَا هُم بِٱلسَّاهِرَةِ

    Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.

  15. هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ

    Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

  16. إِذۡ نَادَىٰهُ رَبُّهُۥ بِٱلۡوَادِ ٱلۡمُقَدَّسِ طُوًى

    Ketika ia diseru oleh Tuhannya di “Wadi Tuwa” yang suci; -

  17. ٱذۡهَبۡ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ

    (Lalu diperintahkan kepadanya): “Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

  18. فَقُلۡ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ

    “Serta katakanlah kepadanya: ‘Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

  19. وَأَهۡدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخۡشَىٰ

    ‘Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?’”

  20. فَأَرَىٰهُ ٱلۡأٓيَةَ ٱلۡكُبۡرَىٰ

    (Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.

  21. فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ

    Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);

  22. ثُمَّ أَدۡبَرَ يَسۡعَىٰ

    Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).

  23. فَحَشَرَ فَنَادَىٰ

    Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -

  24. فَقَالَ أَنَا۠ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ

    Dengan berkata: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi”.

  25. فَأَخَذَهُ ٱللَّهُ نَكَالَ ٱلۡأٓخِرَةِ وَٱلۡأُولَىٰٓ

    Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.

  26. إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبۡرَةٗ لِّمَن يَخۡشَىٰٓ

    Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).

  27. ءَأَنتُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَمِ ٱلسَّمَآءُۚ بَنَىٰهَا

    (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!

  28. رَفَعَ سَمۡكَهَا فَسَوَّىٰهَا

    Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,

  29. وَأَغۡطَشَ لَيۡلَهَا وَأَخۡرَجَ ضُحَىٰهَا

    Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.

  30. وَٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ دَحَىٰهَآ

    Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -

  31. أَخۡرَجَ مِنۡهَا مَآءَهَا وَمَرۡعَىٰهَا

    Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;

  32. وَٱلۡجِبَالَ أَرۡسَىٰهَا

    Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);

  33. مَتَٰعٗا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَٰمِكُمۡ

    (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

  34. فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلۡكُبۡرَىٰ

    Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -

  35. يَوۡمَ يَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا سَعَىٰ

    Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -

  36. وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ

    Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -

  37. فَأَمَّا مَن طَغَىٰ

    Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -

  38. وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا

    Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -

  39. فَإِنَّ ٱلۡجَحِيمَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ

    Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.

  40. وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ

    Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -

  41. فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ

    Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

  42. يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرۡسَىٰهَا

    Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?”

  43. فِيمَ أَنتَ مِن ذِكۡرَىٰهَآ

    Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?

  44. إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَهَىٰهَآ

    Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.

  45. إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخۡشَىٰهَا

    Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.

  46. كَأَنَّهُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَهَا لَمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا عَشِيَّةً أَوۡ ضُحَىٰهَا

    (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

0/46
0

0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.

0

0 permata tertunda hari ini

Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.

0:00
Mishary Alafasy An-Nazi'at 0:00 0:00

Surah An-Nazi'at dalam mushaf

Golongan
Makkiyyah
Juzuk
30
Bilangan perkataan
179
Mushaf Madinah (604 halaman)
583-584
Mushaf IndoPak (610 halaman)
587-589
Mushaf Naskh (612 halaman)
588-590

Soalan tentang Surah An-Nazi'at

Berapa jumlah ayat Surah An-Nazi'at?

Surah An-Nazi'at mengandungi 46 ayat. Ini surah ke-79 daripada 114 surah dalam Al-Quran.

Surah An-Nazi'at berada dalam juzuk berapa?

Surah An-Nazi'at: juzuk 30 daripada 30 juzuk.

Surah An-Nazi'at tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah An-Nazi'at tergolong Makkiyyah.

Surah An-Nazi'at berada di halaman berapa?

Surah An-Nazi'at dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 583-584. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 587-589. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 588-590.

Berapa bilangan perkataan Surah An-Nazi'at?

Surah An-Nazi'at: 179 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.

Berapa bilangan huruf Arab Surah An-Nazi'at?

Surah An-Nazi'at: 770 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.

Surah An-Nazi'at berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?

Surah An-Nazi'at terbentang dari ayat ke-5,713 hingga ayat ke-5,758 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.

Adakah Surah An-Nazi'at mempunyai ayat sajdah?

Tidak. Surah An-Nazi'at tidak mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah; daripada 114 surah, 14 surah mempunyainya.

Bolehkah saya mendengar Surah An-Nazi'at?

Ya. Kesemua 46 ayat Surah An-Nazi'at dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.

Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah An-Nazi'at?

Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 46 ayat dan 179 perkataan, dijana daripada teks yang sama.

Dengar Surah An-Nazi'at

Qari Al-Quran

Al-Quran kata demi kata dan tabiat membaca harian dalam satu aplikasi percuma.

Muat turun pada App StoreDapatkan di Google Play