Langkau ke kandungan
Ayat demi ayat

Tentang surah ini

Surah Al-Buruj ialah surah ke-85 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Makkiyyah, dengan 22 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 590. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلۡبُرُوجِ

    Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;

  2. وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡمَوۡعُودِ

    Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;

  3. وَشَاهِدٖ وَمَشۡهُودٖ

    Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -

  4. قُتِلَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡأُخۡدُودِ

    Celakalah kaum yang menggali parit,

  5. ٱلنَّارِ ذَاتِ ٱلۡوَقُودِ

    (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,

  6. إِذۡ هُمۡ عَلَيۡهَا قُعُودٞ

    (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,

  7. وَهُمۡ عَلَىٰ مَا يَفۡعَلُونَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ شُهُودٞ

    Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.

  8. وَمَا نَقَمُواْ مِنۡهُمۡ إِلَّآ أَن يُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ

    Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!

  9. ٱلَّذِي لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ

    Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

  10. إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُواْ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَتُوبُواْ فَلَهُمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمۡ عَذَابُ ٱلۡحَرِيقِ

    Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

  11. إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمۡ جَنَّٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡكَبِيرُ

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

  12. إِنَّ بَطۡشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ

    Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.

  13. إِنَّهُۥ هُوَ يُبۡدِئُ وَيُعِيدُ

    Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).

  14. وَهُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلۡوَدُودُ

    Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.

  15. ذُو ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡمَجِيدُ

    Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,

  16. فَعَّالٞ لِّمَا يُرِيدُ

    Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.

  17. هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلۡجُنُودِ

    Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?

  18. فِرۡعَوۡنَ وَثَمُودَ

    (Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).

  19. بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِي تَكۡذِيبٖ

    (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;

  20. وَٱللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطُۢ

    Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!

  21. بَلۡ هُوَ قُرۡءَانٞ مَّجِيدٞ

    (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;

  22. فِي لَوۡحٖ مَّحۡفُوظِۭ

    (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

0/22
0

0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.

0

0 permata tertunda hari ini

Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.

0:00
Mishary Alafasy Al-Buruj 0:00 0:00

Surah Al-Buruj dalam mushaf

Golongan
Makkiyyah
Juzuk
30
Bilangan perkataan
109
Mushaf Madinah (604 halaman)
590
Mushaf IndoPak (610 halaman)
595-596
Mushaf Naskh (612 halaman)
596-597

Soalan tentang Surah Al-Buruj

Berapa jumlah ayat Surah Al-Buruj?

Surah Al-Buruj mengandungi 22 ayat. Ini surah ke-85 daripada 114 surah dalam Al-Quran.

Surah Al-Buruj berada dalam juzuk berapa?

Surah Al-Buruj: juzuk 30 daripada 30 juzuk.

Surah Al-Buruj tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Buruj tergolong Makkiyyah.

Surah Al-Buruj berada di halaman berapa?

Surah Al-Buruj dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 590. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 595-596. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 596-597.

Berapa bilangan perkataan Surah Al-Buruj?

Surah Al-Buruj: 109 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.

Berapa bilangan huruf Arab Surah Al-Buruj?

Surah Al-Buruj: 463 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.

Surah Al-Buruj berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?

Surah Al-Buruj terbentang dari ayat ke-5,910 hingga ayat ke-5,931 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.

Adakah Surah Al-Buruj mempunyai ayat sajdah?

Tidak. Surah Al-Buruj tidak mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah; daripada 114 surah, 14 surah mempunyainya.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Buruj?

Ya. Kesemua 22 ayat Surah Al-Buruj dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.

Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Buruj?

Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 22 ayat dan 109 perkataan, dijana daripada teks yang sama.

Dengar Surah Al-Buruj

Qari Al-Quran

Al-Quran kata demi kata dan tabiat membaca harian dalam satu aplikasi percuma.

Muat turun pada App StoreDapatkan di Google Play