Langkau ke kandungan
Ayat demi ayat

Tentang surah ini

Surah Al-Insyiqaq ialah surah ke-84 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Makkiyyah, dengan 25 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 589. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتۡ

    Apabila langit terbelah,

  2. وَأَذِنَتۡ لِرَبِّهَا وَحُقَّتۡ

    Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;

  3. وَإِذَا ٱلۡأَرۡضُ مُدَّتۡ

    Dan apabila bumi diratakan,

  4. وَأَلۡقَتۡ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتۡ

    Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,

  5. وَأَذِنَتۡ لِرَبِّهَا وَحُقَّتۡ

    Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).

  6. يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدۡحٗا فَمُلَٰقِيهِ

    Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

  7. فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ

    Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -

  8. فَسَوۡفَ يُحَاسَبُ حِسَابٗا يَسِيرٗا

    Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

  9. وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورٗا

    Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

  10. وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهۡرِهِۦ

    Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

  11. فَسَوۡفَ يَدۡعُواْ ثُبُورٗا

    Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

  12. وَيَصۡلَىٰ سَعِيرًا

    Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

  13. إِنَّهُۥ كَانَ فِيٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورًا

    Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

  14. إِنَّهُۥ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ

    Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!

  15. بَلَىٰٓۚ إِنَّ رَبَّهُۥ كَانَ بِهِۦ بَصِيرٗا

    (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

  16. فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلشَّفَقِ

    Maka Aku bersumpah, demi mega;

  17. وَٱلَّيۡلِ وَمَا وَسَقَ

    Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;

  18. وَٱلۡقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ

    Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:

  19. لَتَرۡكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٖ

    Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)

  20. فَمَا لَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ

    Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?

  21. وَإِذَا قُرِئَ عَلَيۡهِمُ ٱلۡقُرۡءَانُ لَا يَسۡجُدُونَۤ ۩

    Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?

  22. بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُكَذِّبُونَ

    (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;

  23. وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا يُوعُونَ

    Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.

  24. فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

    Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;

  25. إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونِۭ

    Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.

0/25
0

0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.

0

0 permata tertunda hari ini

Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.

0:00
Mishary Alafasy Al-Insyiqaq 0:00 0:00

Surah Al-Insyiqaq dalam mushaf

Golongan
Makkiyyah
Juzuk
30
Bilangan perkataan
107
Mushaf Madinah (604 halaman)
589
Mushaf IndoPak (610 halaman)
594-595
Mushaf Naskh (612 halaman)
595-596

Ayat 21 mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah.

Soalan tentang Surah Al-Insyiqaq

Berapa jumlah ayat Surah Al-Insyiqaq?

Surah Al-Insyiqaq mengandungi 25 ayat. Ini surah ke-84 daripada 114 surah dalam Al-Quran.

Surah Al-Insyiqaq berada dalam juzuk berapa?

Surah Al-Insyiqaq: juzuk 30 daripada 30 juzuk.

Surah Al-Insyiqaq tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Insyiqaq tergolong Makkiyyah.

Surah Al-Insyiqaq berada di halaman berapa?

Surah Al-Insyiqaq dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 589. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 594-595. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 595-596.

Berapa bilangan perkataan Surah Al-Insyiqaq?

Surah Al-Insyiqaq: 107 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.

Berapa bilangan huruf Arab Surah Al-Insyiqaq?

Surah Al-Insyiqaq: 440 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.

Surah Al-Insyiqaq berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?

Surah Al-Insyiqaq terbentang dari ayat ke-5,885 hingga ayat ke-5,909 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.

Adakah Surah Al-Insyiqaq mempunyai ayat sajdah?

Ya. Dalam Mushaf Madinah tanda sajdah dalam Surah Al-Insyiqaq berada pada ayat: 21.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Insyiqaq?

Ya. Kesemua 25 ayat Surah Al-Insyiqaq dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.

Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Insyiqaq?

Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 25 ayat dan 107 perkataan, dijana daripada teks yang sama.

Dengar Surah Al-Insyiqaq

Qari Al-Quran

Al-Quran kata demi kata dan tabiat membaca harian dalam satu aplikasi percuma.

Muat turun pada App StoreDapatkan di Google Play