Langkau ke kandungan
Ayat demi ayat

Tentang surah ini

Surah An-Naba' ialah surah ke-78 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Makkiyyah, dengan 40 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 582. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ

    Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

  2. عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلۡعَظِيمِ

    Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

  3. ٱلَّذِي هُمۡ فِيهِ مُخۡتَلِفُونَ

    Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

  4. كـَلَّا سَيَعۡلَمُونَ

    Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

  5. ثُمَّ كـَلَّا سَيَعۡلَمُونَ

    Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

  6. أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَٰدٗا

    (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

  7. وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادٗا

    Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

  8. وَخَلَقۡنَٰكُمۡ أَزۡوَٰجٗا

    Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

  9. وَجَعَلۡنَا نَوۡمَكُمۡ سُبَاتٗا

    Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

  10. وَجَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِبَاسٗا

    Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

  11. وَجَعَلۡنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشٗا

    Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?

  12. وَبَنَيۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعٗا شِدَادٗا

    Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

  13. وَجَعَلۡنَا سِرَاجٗا وَهَّاجٗا

    Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?

  14. وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡمُعۡصِرَٰتِ مَآءٗ ثَجَّاجٗا

    Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -

  15. لِّنُخۡرِجَ بِهِۦ حَبّٗا وَنَبَاتٗا

    Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -

  16. وَجَنَّٰتٍ أَلۡفَافًا

    Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

  17. إِنَّ يَوۡمَ ٱلۡفَصۡلِ كَانَ مِيقَٰتٗا

    Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,

  18. يَوۡمَ يُنفَخُ فِي ٱلصُّورِ فَتَأۡتُونَ أَفۡوَاجٗا

    Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);

  19. وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ أَبۡوَٰبٗا

    Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,

  20. وَسُيِّرَتِ ٱلۡجِبَالُ فَكَانَتۡ سَرَابًا

    Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.

  21. إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتۡ مِرۡصَادٗا

    Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -

  22. لِّلطَّٰغِينَ مَـَٔابٗا

    Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.

  23. لَّٰبِثِينَ فِيهَآ أَحۡقَابٗا

    Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

  24. لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرۡدٗا وَلَا شَرَابًا

    Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -

  25. إِلَّا حَمِيمٗا وَغَسَّاقٗا

    Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -

  26. جَزَآءٗ وِفَاقًا

    Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).

  27. إِنَّهُمۡ كَانُواْ لَا يَرۡجُونَ حِسَابٗا

    Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,

  28. وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا كِذَّابٗا

    Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;

  29. وَكُلَّ شَيۡءٍ أَحۡصَيۡنَٰهُ كِتَٰبٗا

    Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.

  30. فَذُوقُواْ فَلَن نَّزِيدَكُمۡ إِلَّا عَذَابًا

    (Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu”.

  31. إِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ مَفَازًا

    Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.

  32. حَدَآئِقَ وَأَعۡنَٰبٗا

    (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;

  33. وَكَوَاعِبَ أَتۡرَابٗا

    Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;

  34. وَكَأۡسٗا دِهَاقٗا

    Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;

  35. لَّا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوٗا وَلَا كِذَّٰبٗا

    Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;

  36. جَزَآءٗ مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابٗا

    Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),

  37. رَّبِّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا ٱلرَّحۡمَٰنِۖ لَا يَمۡلِكُونَ مِنۡهُ خِطَابٗا

    Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);

  38. يَوۡمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ صَفّٗاۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنۡ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحۡمَٰنُ وَقَالَ صَوَابٗا

    (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

  39. ذَٰلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلۡحَقُّۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا

    Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!

  40. إِنَّآ أَنذَرۡنَٰكُمۡ عَذَابٗا قَرِيبٗا يَوۡمَ يَنظُرُ ٱلۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلۡكَافِرُ يَٰلَيۡتَنِي كُنتُ تُرَٰبَۢا

    Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)”.

0/40
0

0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.

0

0 permata tertunda hari ini

Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.

0:00
Mishary Alafasy An-Naba' 0:00 0:00

Surah An-Naba' dalam mushaf

Golongan
Makkiyyah
Juzuk
30
Bilangan perkataan
173
Mushaf Madinah (604 halaman)
582-583
Mushaf IndoPak (610 halaman)
586-587
Mushaf Naskh (612 halaman)
587-588

Soalan tentang Surah An-Naba'

Berapa jumlah ayat Surah An-Naba'?

Surah An-Naba' mengandungi 40 ayat. Ini surah ke-78 daripada 114 surah dalam Al-Quran.

Surah An-Naba' berada dalam juzuk berapa?

Surah An-Naba': juzuk 30 daripada 30 juzuk.

Surah An-Naba' tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah An-Naba' tergolong Makkiyyah.

Surah An-Naba' berada di halaman berapa?

Surah An-Naba' dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 582-583. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 586-587. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 587-588.

Berapa bilangan perkataan Surah An-Naba'?

Surah An-Naba': 173 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.

Berapa bilangan huruf Arab Surah An-Naba'?

Surah An-Naba': 780 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.

Surah An-Naba' berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?

Surah An-Naba' terbentang dari ayat ke-5,673 hingga ayat ke-5,712 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.

Adakah Surah An-Naba' mempunyai ayat sajdah?

Tidak. Surah An-Naba' tidak mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah; daripada 114 surah, 14 surah mempunyainya.

Bolehkah saya mendengar Surah An-Naba'?

Ya. Kesemua 40 ayat Surah An-Naba' dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.

Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah An-Naba'?

Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 40 ayat dan 173 perkataan, dijana daripada teks yang sama.

Dengar Surah An-Naba'

Qari Al-Quran

Al-Quran kata demi kata dan tabiat membaca harian dalam satu aplikasi percuma.

Muat turun pada App StoreDapatkan di Google Play