Tetapan bacaan
Penyorotan
Saiz teks
Tunjukkan
Kemajuan bacaan
Kemajuan bacaan dipadam
Tentang surah ini
Surah Al-A'la ialah surah ke-87 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Makkiyyah, dengan 19 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 591. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
ٱلَّذِي خَلَقَ فَسَوَّىٰ
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
وَٱلَّذِي قَدَّرَ فَهَدَىٰ
Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
وَٱلَّذِيٓ أَخۡرَجَ ٱلۡمَرۡعَىٰ
Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
فَجَعَلَهُۥ غُثَآءً أَحۡوَىٰ
Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
سَنُقۡرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰٓ
Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُۚ إِنَّهُۥ يَعۡلَمُ ٱلۡجَهۡرَ وَمَا يَخۡفَىٰ
Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
وَنُيَسِّرُكَ لِلۡيُسۡرَىٰ
Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
سَيَذَّكَّرُ مَن يَخۡشَىٰ
Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
وَيَتَجَنَّبُهَا ٱلۡأَشۡقَى
Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
ٱلَّذِي يَصۡلَى ٱلنَّارَ ٱلۡكُبۡرَىٰ
Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحۡيَىٰ
Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ
Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
بَلۡ تُؤۡثِرُونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
وَٱلۡأٓخِرَةُ خَيۡرٞ وَأَبۡقَىٰٓ
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
إِنَّ هَٰذَا لَفِي ٱلصُّحُفِ ٱلۡأُولَىٰ
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
صُحُفِ إِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ
Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
0
0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.
0
0 permata tertunda hari ini
Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.
Surah Al-A'la dalam mushaf
- Golongan
- Makkiyyah
- Juzuk
- 30
- Bilangan perkataan
- 72
- Mushaf Madinah (604 halaman)
- 591-592
- Mushaf IndoPak (610 halaman)
- 597
- Mushaf Naskh (612 halaman)
- 598
Soalan tentang Surah Al-A'la
Berapa jumlah ayat Surah Al-A'la?
Surah Al-A'la mengandungi 19 ayat. Ini surah ke-87 daripada 114 surah dalam Al-Quran.
Surah Al-A'la berada dalam juzuk berapa?
Surah Al-A'la: juzuk 30 daripada 30 juzuk.
Surah Al-A'la tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-A'la tergolong Makkiyyah.
Surah Al-A'la berada di halaman berapa?
Surah Al-A'la dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 591-592. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 597. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 598.
Berapa bilangan perkataan Surah Al-A'la?
Surah Al-A'la: 72 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.
Berapa bilangan huruf Arab Surah Al-A'la?
Surah Al-A'la: 295 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.
Surah Al-A'la berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?
Surah Al-A'la terbentang dari ayat ke-5,949 hingga ayat ke-5,967 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.
Adakah Surah Al-A'la mempunyai ayat sajdah?
Tidak. Surah Al-A'la tidak mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah; daripada 114 surah, 14 surah mempunyainya.
Bolehkah saya mendengar Surah Al-A'la?
Ya. Kesemua 19 ayat Surah Al-A'la dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.
Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-A'la?
Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 19 ayat dan 72 perkataan, dijana daripada teks yang sama.
Dengar Surah Al-A'la
- Mishary Alafasy مشاري العفاسي Hafs daripada AsimMurattal
- AbdulBaset (Murattal) عبدالباسط عبدالصمد Hafs daripada AsimMurattal
- AbdulBaset AbdulSamad عبدالباسط عبدالصمد Hafs daripada AsimMujawwad
- Minshawi (Murattal) محمد صديق المنشاوي Hafs daripada AsimMurattal
- As-Sudais عبدالرحمن السديس Hafs daripada AsimMurattal
- Abu Bakr ash-Shatri أبو بكر الشاطري Hafs daripada AsimMurattal