Langkau ke kandungan
Ayat demi ayat

Tentang surah ini

Surah Al-Ghasyiah ialah surah ke-88 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Makkiyyah, dengan 26 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 592. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

  1. هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلۡغَٰشِيَةِ

    Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

  2. وُجُوهٞ يَوۡمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ

    Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

  3. عَامِلَةٞ نَّاصِبَةٞ

    Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

  4. تَصۡلَىٰ نَارًا حَامِيَةٗ

    Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

  5. تُسۡقَىٰ مِنۡ عَيۡنٍ ءَانِيَةٖ

    Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

  6. لَّيۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٖ

    Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

  7. لَّا يُسۡمِنُ وَلَا يُغۡنِي مِن جُوعٖ

    Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

  8. وُجُوهٞ يَوۡمَئِذٖ نَّاعِمَةٞ

    (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

  9. لِّسَعۡيِهَا رَاضِيَةٞ

    Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

  10. فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٖ

    (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

  11. لَّا تَسۡمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةٗ

    Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

  12. فِيهَا عَيۡنٞ جَارِيَةٞ

    Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

  13. فِيهَا سُرُرٞ مَّرۡفُوعَةٞ

    Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

  14. وَأَكۡوَابٞ مَّوۡضُوعَةٞ

    Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

  15. وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةٞ

    Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

  16. وَزَرَابِيُّ مَبۡثُوثَةٌ

    Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

  17. أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ كَيۡفَ خُلِقَتۡ

    (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

  18. وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيۡفَ رُفِعَتۡ

    Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

  19. وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَيۡفَ نُصِبَتۡ

    Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

  20. وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَيۡفَ سُطِحَتۡ

    Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

  21. فَذَكِّرۡ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٞ

    Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

  22. لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ

    Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

  23. إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ

    Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

  24. فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ

    Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

  25. إِنَّ إِلَيۡنَآ إِيَابَهُمۡ

    Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

  26. ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا حِسَابَهُم

    Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

0/26
0

0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.

0

0 permata tertunda hari ini

Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.

0:00
Mishary Alafasy Al-Ghasyiah 0:00 0:00

Surah Al-Ghasyiah dalam mushaf

Golongan
Makkiyyah
Juzuk
30
Bilangan perkataan
92
Mushaf Madinah (604 halaman)
592
Mushaf IndoPak (610 halaman)
597-598
Mushaf Naskh (612 halaman)
598-599

Soalan tentang Surah Al-Ghasyiah

Berapa jumlah ayat Surah Al-Ghasyiah?

Surah Al-Ghasyiah mengandungi 26 ayat. Ini surah ke-88 daripada 114 surah dalam Al-Quran.

Surah Al-Ghasyiah berada dalam juzuk berapa?

Surah Al-Ghasyiah: juzuk 30 daripada 30 juzuk.

Surah Al-Ghasyiah tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Ghasyiah tergolong Makkiyyah.

Surah Al-Ghasyiah berada di halaman berapa?

Surah Al-Ghasyiah dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 592. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 597-598. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 598-599.

Berapa bilangan perkataan Surah Al-Ghasyiah?

Surah Al-Ghasyiah: 92 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.

Berapa bilangan huruf Arab Surah Al-Ghasyiah?

Surah Al-Ghasyiah: 380 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.

Surah Al-Ghasyiah berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?

Surah Al-Ghasyiah terbentang dari ayat ke-5,968 hingga ayat ke-5,993 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.

Adakah Surah Al-Ghasyiah mempunyai ayat sajdah?

Tidak. Surah Al-Ghasyiah tidak mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah; daripada 114 surah, 14 surah mempunyainya.

Bolehkah saya mendengar Surah Al-Ghasyiah?

Ya. Kesemua 26 ayat Surah Al-Ghasyiah dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.

Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Ghasyiah?

Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 26 ayat dan 92 perkataan, dijana daripada teks yang sama.

Dengar Surah Al-Ghasyiah

Qari Al-Quran

Al-Quran kata demi kata dan tabiat membaca harian dalam satu aplikasi percuma.

Muat turun pada App StoreDapatkan di Google Play