Surah Al-Baqarah 2:196 البقرة
Ini ayat ke-196 daripada 286 dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-203 daripada 6236 dalam Al-Quran, juzuk 2. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman) terletak di halaman 30.
وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِۚ فَإِنۡ أُحۡصِرۡتُمۡ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡيِۖ وَلَا تَحۡلِقُواْ رُءُوسَكُمۡ حَتَّىٰ يَبۡلُغَ ٱلۡهَدۡيُ مَحِلَّهُۥۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ بِهِۦٓ أَذٗى مِّن رَّأۡسِهِۦ فَفِدۡيَةٞ مِّن صِيَامٍ أَوۡ صَدَقَةٍ أَوۡ نُسُكٖۚ فَإِذَآ أَمِنتُمۡ فَمَن تَمَتَّعَ بِٱلۡعُمۡرَةِ إِلَى ٱلۡحَجِّ فَمَا ٱسۡتَيۡسَرَ مِنَ ٱلۡهَدۡيِۚ فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ ثَلَٰثَةِ أَيَّامٖ فِي ٱلۡحَجِّ وَسَبۡعَةٍ إِذَا رَجَعۡتُمۡۗ تِلۡكَ عَشَرَةٞ كَامِلَةٞۗ ذَٰلِكَ لِمَن لَّمۡ يَكُنۡ أَهۡلُهُۥ حَاضِرِي ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
2:196 · terjemahan: Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com · v1.0.0
Tetapan bacaan
Penyorotan
Saiz teks
Tunjukkan
Kemajuan bacaan
Kemajuan bacaan dipadam
0
0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.
0
0 permata tertunda hari ini
Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.
Tafsir · 2:196
Kami belum mempunyai tafsir berlesen dalam bahasa Melayu. Halaman ini hanya memaparkan tafsir dalam bahasa yang anda baca, jadi tiada tafsir dipaparkan di sini.
- Juzuk
- 2
- Bilangan perkataan
- 73
- Mushaf Madinah (604 halaman)
- 30
- Mushaf IndoPak (610 halaman)
- 30
- Mushaf Naskh (612 halaman)
- 31
Ayat 2:196 dalam surah apa?
Surah Al-Baqarah (البقرة). Surah ke-2 daripada 114 · 286 ayat.
Ayat 2:196 dalam juzuk berapa?
Juzuk: 2.
Ayat 2:196 di halaman berapa?
Mushaf Madinah (604 halaman): 30 · Mushaf IndoPak (610 halaman): 30 · Mushaf Naskh (612 halaman): 31.
Berapa perkataan dalam ayat 2:196?
Bilangan perkataan: 73.
Berapa bilangan huruf Arab dalam ayat 2:196?
Ayat 2:196: 289 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini, tanpa tanda baris.
Ayat 2:196 berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?
Ayat 2:196 ialah ayat ke-203 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.
Berapa jumlah ayat Surah Al-Baqarah?
Surah Al-Baqarah mengandungi 286 ayat. Ini surah ke-2 daripada 114 surah dalam Al-Quran.
Surah Al-Baqarah tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Baqarah tergolong Madaniyyah.
Bolehkah saya mendengar ayat 2:196?
Ya. Ayat 2:196 dimainkan di sini dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.
Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Baqarah?
Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 286 ayat dan 6,116 perkataan, dijana daripada teks yang sama.