Tetapan bacaan
Penyorotan
Saiz teks
Tunjukkan
Kemajuan bacaan
Kemajuan bacaan dipadam
Tentang surah ini
Surah Al-Mutaffifin ialah surah ke-83 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Makkiyyah, dengan 36 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 587. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَيۡلٞ لِّلۡمُطَفِّفِينَ
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكۡتَالُواْ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسۡتَوۡفُونَ
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
وَإِذَا كَالُوهُمۡ أَو وَّزَنُوهُمۡ يُخۡسِرُونَ
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
أَلَا يَظُنُّ أُوْلَٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبۡعُوثُونَ
Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?
لِيَوۡمٍ عَظِيمٖ
Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),
يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?
كـَلَّآ إِنَّ كِتَٰبَ ٱلۡفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٖ
Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam “Sijjiin”.
وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا سِجِّينٞ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia “Sijjiin” itu,
كِتَٰبٞ مَّرۡقُومٞ
Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).
وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan -
ٱلَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ
Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.
وَمَا يُكَذِّبُ بِهِۦٓ إِلَّا كُلُّ مُعۡتَدٍ أَثِيمٍ
Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!
إِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ءَايَٰتُنَا قَالَ أَسَٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ
(Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: “Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!”
كـَلَّاۖ بَلۡۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
كـَلَّآ إِنَّهُمۡ عَن رَّبِّهِمۡ يَوۡمَئِذٖ لَّمَحۡجُوبُونَ
Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.
ثُمَّ إِنَّهُمۡ لَصَالُواْ ٱلۡجَحِيمِ
Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka.
ثُمَّ يُقَالُ هَٰذَا ٱلَّذِي كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ
Akhirnya dikatakan (kepada mereka): “Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.”
كـَلَّآ إِنَّ كِتَٰبَ ٱلۡأَبۡرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ
Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam” Illiyiin”.
وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا عِلِّيُّونَ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Illiyiin” itu?
كِتَٰبٞ مَّرۡقُومٞ
Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,
يَشۡهَدُهُ ٱلۡمُقَرَّبُونَ
Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.
إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِي نَعِيمٍ
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:
عَلَى ٱلۡأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ
Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).
تَعۡرِفُ فِي وُجُوهِهِمۡ نَضۡرَةَ ٱلنَّعِيمِ
Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.
يُسۡقَوۡنَ مِن رَّحِيقٖ مَّخۡتُومٍ
Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,
خِتَٰمُهُۥ مِسۡكٞۚ وَفِي ذَٰلِكَ فَلۡيَتَنَافَسِ ٱلۡمُتَنَٰفِسُونَ
Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;
وَمِزَاجُهُۥ مِن تَسۡنِيمٍ
Dan campuran minuman itu adalah dari “Tasnim”:
عَيۡنٗا يَشۡرَبُ بِهَا ٱلۡمُقَرَّبُونَ
laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).
إِنَّ ٱلَّذِينَ أَجۡرَمُواْ كَانُواْ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يَضۡحَكُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.
وَإِذَا مَرُّواْ بِهِمۡ يَتَغَامَزُونَ
Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).
وَإِذَا ٱنقَلَبُوٓاْ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِمُ ٱنقَلَبُواْ فَكِهِينَ
Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;
وَإِذَا رَأَوۡهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ لَضَآلُّونَ
Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!”
وَمَآ أُرۡسِلُواْ عَلَيۡهِمۡ حَٰفِظِينَ
Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu!
فَٱلۡيَوۡمَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنَ ٱلۡكُفَّارِ يَضۡحَكُونَ
Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.
عَلَى ٱلۡأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ
Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).
هَلۡ ثُوِّبَ ٱلۡكُفَّارُ مَا كَانُواْ يَفۡعَلُونَ
(Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): “Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?”
0
0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.
0
0 permata tertunda hari ini
Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.
Surah Al-Mutaffifin dalam mushaf
- Golongan
- Makkiyyah
- Juzuk
- 30
- Bilangan perkataan
- 169
- Mushaf Madinah (604 halaman)
- 587-589
- Mushaf IndoPak (610 halaman)
- 592-594
- Mushaf Naskh (612 halaman)
- 593-595
Soalan tentang Surah Al-Mutaffifin
Berapa jumlah ayat Surah Al-Mutaffifin?
Surah Al-Mutaffifin mengandungi 36 ayat. Ini surah ke-83 daripada 114 surah dalam Al-Quran.
Surah Al-Mutaffifin berada dalam juzuk berapa?
Surah Al-Mutaffifin: juzuk 30 daripada 30 juzuk.
Surah Al-Mutaffifin tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Mutaffifin tergolong Makkiyyah.
Surah Al-Mutaffifin berada di halaman berapa?
Surah Al-Mutaffifin dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 587-589. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 592-594. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 593-595.
Berapa bilangan perkataan Surah Al-Mutaffifin?
Surah Al-Mutaffifin: 169 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.
Berapa bilangan huruf Arab Surah Al-Mutaffifin?
Surah Al-Mutaffifin: 748 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.
Surah Al-Mutaffifin berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?
Surah Al-Mutaffifin terbentang dari ayat ke-5,849 hingga ayat ke-5,884 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.
Adakah Surah Al-Mutaffifin mempunyai ayat sajdah?
Tidak. Surah Al-Mutaffifin tidak mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah; daripada 114 surah, 14 surah mempunyainya.
Bolehkah saya mendengar Surah Al-Mutaffifin?
Ya. Kesemua 36 ayat Surah Al-Mutaffifin dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.
Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Mutaffifin?
Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 36 ayat dan 169 perkataan, dijana daripada teks yang sama.
Dengar Surah Al-Mutaffifin
- Mishary Alafasy مشاري العفاسي Hafs daripada AsimMurattal
- AbdulBaset (Murattal) عبدالباسط عبدالصمد Hafs daripada AsimMurattal
- AbdulBaset AbdulSamad عبدالباسط عبدالصمد Hafs daripada AsimMujawwad
- Minshawi (Murattal) محمد صديق المنشاوي Hafs daripada AsimMurattal
- As-Sudais عبدالرحمن السديس Hafs daripada AsimMurattal
- Abu Bakr ash-Shatri أبو بكر الشاطري Hafs daripada AsimMurattal