Tetapan bacaan
Penyorotan
Saiz teks
Tunjukkan
Kemajuan bacaan
Kemajuan bacaan dipadam
Tentang surah ini
Surah Al-Mursalat ialah surah ke-77 daripada 114 surah dalam Al-Quran, tergolong Makkiyyah, dengan 50 ayat. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman), surah ini bermula di halaman 580. Teks Arabnya ada di sini bersama terjemahannya, dan bacaan Mishary Alafasy mengikuti teksnya kata demi kata, menyerlahkan setiap kata semasa dibaca.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡمُرۡسَلَٰتِ عُرۡفٗا
Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
فَٱلۡعَٰصِفَٰتِ عَصۡفٗا
Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,
وَٱلنَّٰشِرَٰتِ نَشۡرٗا
Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
فَٱلۡفَٰرِقَٰتِ فَرۡقٗا
Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
فَٱلۡمُلۡقِيَٰتِ ذِكۡرًا
Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
عُذۡرًا أَوۡ نُذۡرًا
Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -
إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَوَٰقِعٞ
(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.
فَإِذَا ٱلنُّجُومُ طُمِسَتۡ
Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;
وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ فُرِجَتۡ
Dan apabila langit terbelah;
وَإِذَا ٱلۡجِبَالُ نُسِفَتۡ
Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;
وَإِذَا ٱلرُّسُلُ أُقِّتَتۡ
Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).
لِأَيِّ يَوۡمٍ أُجِّلَتۡ
(Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?
لِيَوۡمِ ٱلۡفَصۡلِ
(Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.
وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?
وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!
أَلَمۡ نُهۡلِكِ ٱلۡأَوَّلِينَ
Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?
ثُمَّ نُتۡبِعُهُمُ ٱلۡأٓخِرِينَ
Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.
كَذَٰلِكَ نَفۡعَلُ بِٱلۡمُجۡرِمِينَ
Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.
وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)!
أَلَمۡ نَخۡلُقكُّم مِّن مَّآءٖ مَّهِينٖ
Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?
فَجَعَلۡنَٰهُ فِي قَرَارٖ مَّكِينٍ
Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,
إِلَىٰ قَدَرٖ مَّعۡلُومٖ
Hingga ke suatu masa yang termaklum?
فَقَدَرۡنَا فَنِعۡمَ ٱلۡقَٰدِرُونَ
Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!
وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!
أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ كِفَاتًا
Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? -
أَحۡيَآءٗ وَأَمۡوَٰتٗا
Yang hidup dan yang mati?
وَجَعَلۡنَا فِيهَا رَوَٰسِيَ شَٰمِخَٰتٖ وَأَسۡقَيۡنَٰكُم مَّآءٗ فُرَاتٗا
Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?
وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!
ٱنطَلِقُوٓاْ إِلَىٰ مَا كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ
(Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): “Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.
ٱنطَلِقُوٓاْ إِلَىٰ ظِلّٖ ذِي ثَلَٰثِ شُعَبٖ
“Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, -
لَّا ظَلِيلٖ وَلَا يُغۡنِي مِنَ ٱللَّهَبِ
“Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.
إِنَّهَا تَرۡمِي بِشَرَرٖ كَٱلۡقَصۡرِ
“Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,
كَأَنَّهُۥ جِمَٰلَتٞ صُفۡرٞ
“(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning”.
وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian).
هَٰذَا يَوۡمُ لَا يَنطِقُونَ
Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),
وَلَا يُؤۡذَنُ لَهُمۡ فَيَعۡتَذِرُونَ
Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.
وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!
هَٰذَا يَوۡمُ ٱلۡفَصۡلِۖ جَمَعۡنَٰكُمۡ وَٱلۡأَوَّلِينَ
Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).
فَإِن كَانَ لَكُمۡ كَيۡدٞ فَكِيدُونِ
Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.
وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِي ظِلَٰلٖ وَعُيُونٖ
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -
وَفَوَٰكِهَ مِمَّا يَشۡتَهُونَ
Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.
كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓـَٔۢا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
(Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.”
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!
كُلُواْ وَتَمَتَّعُواْ قَلِيلًا إِنَّكُم مُّجۡرِمُونَ
Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.
وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), -
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱرۡكَعُواْ لَا يَرۡكَعُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): “Taatlah dan kerjakanlah sembahyang”, mereka enggan mengerjakannya.
وَيۡلٞ يَوۡمَئِذٖ لِّلۡمُكَذِّبِينَ
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!
فَبِأَيِّ حَدِيثِۭ بَعۡدَهُۥ يُؤۡمِنُونَ
(Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?
0
0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.
0
0 permata tertunda hari ini
Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.
Surah Al-Mursalat dalam mushaf
- Golongan
- Makkiyyah
- Juzuk
- 29
- Bilangan perkataan
- 181
- Mushaf Madinah (604 halaman)
- 580-581
- Mushaf IndoPak (610 halaman)
- 584-585
- Mushaf Naskh (612 halaman)
- 585-586
Soalan tentang Surah Al-Mursalat
Berapa jumlah ayat Surah Al-Mursalat?
Surah Al-Mursalat mengandungi 50 ayat. Ini surah ke-77 daripada 114 surah dalam Al-Quran.
Surah Al-Mursalat berada dalam juzuk berapa?
Surah Al-Mursalat: juzuk 29 daripada 30 juzuk.
Surah Al-Mursalat tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Mursalat tergolong Makkiyyah.
Surah Al-Mursalat berada di halaman berapa?
Surah Al-Mursalat dalam Mushaf Madinah (604 halaman): 580-581. Dalam Mushaf IndoPak (610 halaman): 584-585. Dalam Mushaf Naskh (612 halaman): 585-586.
Berapa bilangan perkataan Surah Al-Mursalat?
Surah Al-Mursalat: 181 perkataan, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini.
Berapa bilangan huruf Arab Surah Al-Mursalat?
Surah Al-Mursalat: 820 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang sama, tanpa tanda baris.
Surah Al-Mursalat berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?
Surah Al-Mursalat terbentang dari ayat ke-5,623 hingga ayat ke-5,672 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.
Adakah Surah Al-Mursalat mempunyai ayat sajdah?
Tidak. Surah Al-Mursalat tidak mempunyai tanda sajdah dalam Mushaf Madinah; daripada 114 surah, 14 surah mempunyainya.
Bolehkah saya mendengar Surah Al-Mursalat?
Ya. Kesemua 50 ayat Surah Al-Mursalat dimainkan di sini ayat demi ayat, dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.
Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Mursalat?
Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 50 ayat dan 181 perkataan, dijana daripada teks yang sama.
Dengar Surah Al-Mursalat
- Mishary Alafasy مشاري العفاسي Hafs daripada AsimMurattal
- AbdulBaset (Murattal) عبدالباسط عبدالصمد Hafs daripada AsimMurattal
- AbdulBaset AbdulSamad عبدالباسط عبدالصمد Hafs daripada AsimMujawwad
- Minshawi (Murattal) محمد صديق المنشاوي Hafs daripada AsimMurattal
- As-Sudais عبدالرحمن السديس Hafs daripada AsimMurattal
- Abu Bakr ash-Shatri أبو بكر الشاطري Hafs daripada AsimMurattal