Surah An-Nisa' 4:11 النساء
Ini ayat ke-11 daripada 176 dalam Surah An-Nisa', ayat ke-504 daripada 6236 dalam Al-Quran, juzuk 4. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman) terletak di halaman 78.
يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِيٓ أَوۡلَٰدِكُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَآءٗ فَوۡقَ ٱثۡنَتَيۡنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتۡ وَٰحِدَةٗ فَلَهَا ٱلنِّصۡفُۚ وَلِأَبَوَيۡهِ لِكُلِّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدٞۚ فَإِن لَّمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلَدٞ وَوَرِثَهُۥٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥٓ إِخۡوَةٞ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٖ يُوصِي بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍۗ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَيُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ نَفۡعٗاۚ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمٗا
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
4:11 · terjemahan: Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com · v1.0.0
Tetapan bacaan
Penyorotan
Saiz teks
Tunjukkan
Kemajuan bacaan
Kemajuan bacaan dipadam
0
0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.
0
0 permata tertunda hari ini
Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.
Tafsir · 4:11
Kami belum mempunyai tafsir berlesen dalam bahasa Melayu. Halaman ini hanya memaparkan tafsir dalam bahasa yang anda baca, jadi tiada tafsir dipaparkan di sini.
- Juzuk
- 4
- Bilangan perkataan
- 71
- Mushaf Madinah (604 halaman)
- 78
- Mushaf IndoPak (610 halaman)
- 79
- Mushaf Naskh (612 halaman)
- 80
Ayat 4:11 dalam surah apa?
Surah An-Nisa' (النساء). Surah ke-4 daripada 114 · 176 ayat.
Ayat 4:11 dalam juzuk berapa?
Juzuk: 4.
Ayat 4:11 di halaman berapa?
Mushaf Madinah (604 halaman): 78 · Mushaf IndoPak (610 halaman): 79 · Mushaf Naskh (612 halaman): 80.
Berapa perkataan dalam ayat 4:11?
Bilangan perkataan: 71.
Berapa bilangan huruf Arab dalam ayat 4:11?
Ayat 4:11: 269 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini, tanpa tanda baris.
Ayat 4:11 berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?
Ayat 4:11 ialah ayat ke-504 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.
Berapa jumlah ayat Surah An-Nisa'?
Surah An-Nisa' mengandungi 176 ayat. Ini surah ke-4 daripada 114 surah dalam Al-Quran.
Surah An-Nisa' tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah An-Nisa' tergolong Madaniyyah.
Bolehkah saya mendengar ayat 4:11?
Ya. Ayat 4:11 dimainkan di sini dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.
Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah An-Nisa'?
Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 176 ayat dan 3,747 perkataan, dijana daripada teks yang sama.