Surah Al-Ma'idah 5:3 المائدة
Ini ayat ke-3 daripada 120 dalam Surah Al-Ma'idah, ayat ke-672 daripada 6236 dalam Al-Quran, juzuk 6. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman) terletak di halaman 107.
حُرِّمَتۡ عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحۡمُ ٱلۡخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيۡرِ ٱللَّهِ بِهِۦ وَٱلۡمُنۡخَنِقَةُ وَٱلۡمَوۡقُوذَةُ وَٱلۡمُتَرَدِّيَةُ وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيۡتُمۡ وَمَا ذُبِحَ عَلَى ٱلنُّصُبِ وَأَن تَسۡتَقۡسِمُواْ بِٱلۡأَزۡلَٰمِۚ ذَٰلِكُمۡ فِسۡقٌۗ ٱلۡيَوۡمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ فِي مَخۡمَصَةٍ غَيۡرَ مُتَجَانِفٖ لِّإِثۡمٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
5:3 · terjemahan: Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com · v1.0.0
Tetapan bacaan
Penyorotan
Saiz teks
Tunjukkan
Kemajuan bacaan
Kemajuan bacaan dipadam
0
0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.
0
0 permata tertunda hari ini
Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.
Tafsir · 5:3
Kami belum mempunyai tafsir berlesen dalam bahasa Melayu. Halaman ini hanya memaparkan tafsir dalam bahasa yang anda baca, jadi tiada tafsir dipaparkan di sini.
- Juzuk
- 6
- Bilangan perkataan
- 61
- Mushaf Madinah (604 halaman)
- 107
- Mushaf IndoPak (610 halaman)
- 107
- Mushaf Naskh (612 halaman)
- 108
Ayat 5:3 dalam surah apa?
Surah Al-Ma'idah (المائدة). Surah ke-5 daripada 114 · 120 ayat.
Ayat 5:3 dalam juzuk berapa?
Juzuk: 6.
Ayat 5:3 di halaman berapa?
Mushaf Madinah (604 halaman): 107 · Mushaf IndoPak (610 halaman): 107 · Mushaf Naskh (612 halaman): 108.
Berapa perkataan dalam ayat 5:3?
Bilangan perkataan: 61.
Berapa bilangan huruf Arab dalam ayat 5:3?
Ayat 5:3: 276 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini, tanpa tanda baris.
Ayat 5:3 berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?
Ayat 5:3 ialah ayat ke-672 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.
Berapa jumlah ayat Surah Al-Ma'idah?
Surah Al-Ma'idah mengandungi 120 ayat. Ini surah ke-5 daripada 114 surah dalam Al-Quran.
Surah Al-Ma'idah tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?
Surah Al-Ma'idah tergolong Madaniyyah.
Bolehkah saya mendengar ayat 5:3?
Ya. Ayat 5:3 dimainkan di sini dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.
Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Ma'idah?
Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 120 ayat dan 2,804 perkataan, dijana daripada teks yang sama.