Langkau ke kandungan

Surah Al-Mumtahanah 60:10 الممتحنة

Ini ayat ke-10 daripada 13 dalam Surah Al-Mumtahanah, ayat ke-5160 daripada 6236 dalam Al-Quran, juzuk 28. Dalam Mushaf Madinah (604 halaman) terletak di halaman 550.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا جَآءَكُمُ ٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ مُهَٰجِرَٰتٖ فَٱمۡتَحِنُوهُنَّۖ ٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِإِيمَٰنِهِنَّۖ فَإِنۡ عَلِمۡتُمُوهُنَّ مُؤۡمِنَٰتٖ فَلَا تَرۡجِعُوهُنَّ إِلَى ٱلۡكُفَّارِۖ لَا هُنَّ حِلّٞ لَّهُمۡ وَلَا هُمۡ يَحِلُّونَ لَهُنَّۖ وَءَاتُوهُم مَّآ أَنفَقُواْۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ أَن تَنكِحُوهُنَّ إِذَآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّۚ وَلَا تُمۡسِكُواْ بِعِصَمِ ٱلۡكَوَافِرِ وَسۡـَٔلُواْ مَآ أَنفَقۡتُمۡ وَلۡيَسۡـَٔلُواْ مَآ أَنفَقُواْۚ ذَٰلِكُمۡ حُكۡمُ ٱللَّهِ يَحۡكُمُ بَيۡنَكُمۡۖ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٞ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

60:10 · terjemahan: Abdullah Basumayyah · QuranEnc.com · v1.0.0

Tafsir Surah Al-Mumtahanah
0/13
0

0 hasanat hari ini · 0 jumlah pada peranti ini

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu hasanat, dan hasanat itu digandakan sepuluh kali.” Jami at-Tirmidhi 2910. Dikira dengan peraturan huruf yang sama seperti dalam apl; satu kiraan, bukan janji.

0

0 permata tertunda hari ini

Dianggarkan daripada bacaan anda, dengan had harian yang sama seperti dalam apl. Permata diperoleh dan dituntut dalam apl Quran Habit.

0:00
Mishary Alafasy Al-Mumtahanah 60:10 0:00 0:00 Sudah dibaca, teruskan

Tafsir · 60:10

Kami belum mempunyai tafsir berlesen dalam bahasa Melayu. Halaman ini hanya memaparkan tafsir dalam bahasa yang anda baca, jadi tiada tafsir dipaparkan di sini.

Juzuk
28
Bilangan perkataan
55
Mushaf Madinah (604 halaman)
550
Mushaf IndoPak (610 halaman)
550
Mushaf Naskh (612 halaman)
551
Ayat 60:10 dalam surah apa?

Surah Al-Mumtahanah (الممتحنة). Surah ke-60 daripada 114 · 13 ayat.

Ayat 60:10 dalam juzuk berapa?

Juzuk: 28.

Ayat 60:10 di halaman berapa?

Mushaf Madinah (604 halaman): 550 · Mushaf IndoPak (610 halaman): 550 · Mushaf Naskh (612 halaman): 551.

Berapa perkataan dalam ayat 60:10?

Bilangan perkataan: 55.

Berapa bilangan huruf Arab dalam ayat 60:10?

Ayat 60:10: 254 huruf, dikira daripada teks Uthmani yang dipaparkan laman ini, tanpa tanda baris.

Ayat 60:10 berada pada kedudukan mana dalam Al-Quran?

Ayat 60:10 ialah ayat ke-5,160 daripada 6,236 ayat dalam Al-Quran.

Berapa jumlah ayat Surah Al-Mumtahanah?

Surah Al-Mumtahanah mengandungi 13 ayat. Ini surah ke-60 daripada 114 surah dalam Al-Quran.

Surah Al-Mumtahanah tergolong Makkiyyah atau Madaniyyah?

Surah Al-Mumtahanah tergolong Madaniyyah.

Bolehkah saya mendengar ayat 60:10?

Ya. Ayat 60:10 dimainkan di sini dengan bacaan mana-mana daripada 43 qari, percuma dan tanpa daftar.

Teks Arab apakah yang digunakan untuk Surah Al-Mumtahanah?

Teks Uthmani Hafs Kompleks Raja Fahd, ditulis dengan tulisan milik Kompleks sendiri, KFGQPC Uthmanic Hafs V22. Setiap bilangan pada halaman ini, termasuk 13 ayat dan 348 perkataan, dijana daripada teks yang sama.

Al-Quran kata demi kata dan tabiat membaca harian dalam satu aplikasi percuma.

Muat turun pada App StoreDapatkan di Google Play